< Tentang kita di Pusat Pakar Mata ACS

Slit Lamp

Retinoscopy


 

Surgical Microscope


Mengenai Pusat Pakar Mata ACS

Pusat Pakar Mata ACS ialah pusat rawatan mata primier di Selatan Lembah Kelang, Malaysia.

Lokasinya ialah bersebelahan lebuhraya SILK, dan ini memberi akses mudah dan lancar melalui lebuhraya supaya anda dapat mengelakkan kesesakan lalulintas.


Rakan sebaya kami pernah merujuk kepada kami sebagai “country practice” kerana kami melayan pesakit klinikal dan surgikal dengan cara penuh mesra dan sifat berperikemanusiaan. Kami tidak perlu mengiklankan diri kami sebagai pusat pakar mata yang “best” sebagaimana lain pusat komersial selalu menonjolkan diri mereka, kerana sesiapa yang telah menikmati perkhidmatan kami memang telah mengalami kehandalan staff kami. (Secara kebetulan, kami juga ada peralatan yang canggih dan terbaik juga).


Kami memberi perkhidmatan medikal dan surgikal yang komprehensif untuk Selatan Lembah Kelang. Namun begitu, pesakit kami juga datang dari kawasan luar Lembah Kelang termasuk dari negeri-negeri yang lain di Semenanjung Malaysia , malah juga dari Sabah dan Sarawak. Walaupun kami disifatkan sebagai “country practise” oleh beberapa orang, pesakit kami juga pesakit global. Pesakit telah mengunjungi kami dari negara seperti Australia, Europa, Japan, Timur Tengah, USA untuk rawatan klinikal dan surgikal.


Rawatan pembedahan seharian

Rawatan pembedahan seharian memberi rawatan ambulatori kepada pesakit kami. Peralatan berkualiti digunakan yang berasal dari Germany, USA dan Europa.

Pakar Perunding Ofalmologi

Pakar Perunding Ofalmologi di sini ialah Dr. Ang Chin Sim.